Ahad, 1 April 2012

GOTONG ROYONG

Kalau nak tengok semangat gotong royong dalam komuniti, kunjungilah Tanah Rancangan Felda. Sehingga ini mereka masih mengamalkan kegiatan tersebut walaupun mereka telah menduduki Tanah Rancangan seawal tahun 80 an. Walaupun ada diantara mereka yang sering sakit dan tidak berdaya kerana kegigihan berkerja masa lampau, mereka masih mengagahkan diri untuk turut serta menghadirkan diri. Pada waktu semangat begini telahpun pupus dikebanyakan tempat terutamanya di kawasan bandar, mereka masih lagi gagah mempertahankan aktiviti ini sehingga beberapa generasi akan datang. Tabik Spring kepada semua Peneroka Felda seluruh Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan