Sabtu, 21 April 2012

KUBU BRITISH


Kubu peninggalan Penjajah British yang dibina semasa perang dunia ke 2 tahun 1942. Kubu yang menelan belanja besar telah dibina sepanjang Pantai Timur sehingga ke Johor bertujuan menyekat kemaraan Tentera Jepun yang disangka akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura melalui jalan laut. British telah diperbodohkan oleh Jepun dengan menyerang melalui jalan darat - Thailand. Kubu yang menyimpan sakit hati British masih utuh sehingga kini walaupun ada diantaranya sudah dikambus pasir dan tenggelami oleh laut. Lucunya kubu yang sekian banyak dibina ada diantaranya masih belum digunakan lagi ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan