Sabtu, 21 April 2012

AIR HITAM



Air Hitam yang terletak diantara Bandar Keluang dan Batu Pahat memang terkenal sejak dahulu lagi sebagai tempat membeli belah hasil kampung seperti pelbagai jenis kerepek ( berasaskan ubi kayu, keledek, belinjau, sukun dan keladi ). Kuih - kuih tradisional seperti karas, rempeyek, sagun, dodol, maruku dan banyak lagi yang kadang kala sukar diperolehi ditempat lain kerana ketiadaan kepakaran untuk membuatnya. Yang paling menarik ialah harga barangan boleh dibeli dengan murah walaupun tidak dibeli secara borong. Keramahan peniaga dan kemurahan hati mereka untuk membenarkan hasil jualan mereka dirasa dan dinikmati oleh pelanggan sebelum dijual begitu hebat sekali. Mungkin faktor persaingan membuatkan mereka terpaksa melakukan pelbagai teknik dan cara bagaimana untuk menarik pelanggan untuk membeli hasil jualan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan