Ahad, 15 April 2012

MAJLIS AQIQAH NUR AMNI HUDA


Majlis Aqiqah tersebut telah diadakan pada malam 14/4/2012 di Kampung Bentung Dalam, Kluang, Johor DT ( Rumah Mertua Pak Cik ). Majlis meriah tersebut telah dihadiri ramai tetamu dari Kariah Kg Bentung Dalam,  sanak saudara dan sahabat handai. Majlis bermula dengan Bacaan Tahlil, Berzanji dan diikuti Majlis Memecah Mulut Bayi menggunakan air zam zam. Ahli majlis akan mendoakan kesejahteraan bayi dan dikuti oleh menyuapkan mulut bayi dengan beberapa benda seperti air zamzam, gula, garam dan asam.

Majlis berakhir dengan jamuan makan lazat Nasi Braini berlaukkan kari kambing pekat dan ayam masak tomato. Sajian telah disediakan oleh Chef Pak Ya yang dijemput khas dari Pasir Gudang. Semoga majlis yang berbentuk kemasyarakatan ini dapat diteruskan dari masa kesemasa kerana mempunyai banyak kebaikan dari segi spiritual dan budaya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan