Ahad, 1 April 2012

MAJLIS MARHABAN

Marhaban adalah aktiviti yang kerap dilakukan bersempena Hari Pernikahan, Cukur Jambul dan Majlis Pertunangan. Kitab Marhaban adalah berkisar tentang puji - pujian terhadap Rasullulah s.a.w, Para Sahabat dan Keluarga Rasullulah s.a.w. Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam akan diketuai oleh seorang yang mahir berkaitan kitab tersebut. Kitab akan dibaca isi kandungannya secara berlagu oleh seorang ketua dan diikuti secara beramai - ramai mengikut rangkap dan lagu tertentu. Kebanyakan tempat, aktiviti ini adalah aktiviti kaum Hawa dan sukar hendak dilihat aktiviti ini dilakukan oleh Kaum Adam. Kenapa ? Mungkin ini adalah aktiviti kemasyarakatan dan penyambung silaturahim yang ringan dan sewajarnya diterajui oleh Kaum Hawa. Kaum Adam akan bertindak sebagai pelaksana bagi kegiatan memasak, mengulai dan penyedia bagi majlis yang akan berlangsung ke esokkan harinya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan