Sabtu, 21 April 2012
MOYANG
Ketika ziarah moyang ke Gudang Garam. Kelihatan dalam gambar Mak, Moyang, Mak Cik, Mak Uda dan Pak Busu.
MERLIMAU
Kenangan semasa singgah pekena Nasi Braini Gam di Bandar Merlimau, Melaka. Nak cerita .. Braini ni kalau makan masa panas memang sedap. Nak cuba ? Jom singgah .. ( Uda senyum sebab belasah 2 pinggan nasi braini ).
KAMPUNG BENTUNG DALAM
Kenangan semasa ziarah ke Kampung Bentung Dalam, Keluang, Johor DT. Kelihatan dalam gambar Pak Cik, Mak, Pak Ya, Kak Siti, Pak Salleh dan Aisyah.
PERKAMPUNGAN NELAYAN BESERAH
Beserah terletak 10 km dari Bandar Kuantan adalah salah satu tempat pendaratan ikan di Pantai Timur. Pantai yang bersih dengan pasir yang memutih adalah lokasi sesuai bagi pelancung yang inginkan pengalaman memukat, mencandat dan memancing. Kalau berminat, upah sahaja nelayan disana dengan kos yang berpatutan dan anda pasti akan merasai pengalaman yang mungkin anda sukar lupakan.
KUBU BRITISH
Kubu peninggalan Penjajah British yang dibina semasa perang dunia ke 2 tahun 1942. Kubu yang menelan belanja besar telah dibina sepanjang Pantai Timur sehingga ke Johor bertujuan menyekat kemaraan Tentera Jepun yang disangka akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura melalui jalan laut. British telah diperbodohkan oleh Jepun dengan menyerang melalui jalan darat - Thailand. Kubu yang menyimpan sakit hati British masih utuh sehingga kini walaupun ada diantaranya sudah dikambus pasir dan tenggelami oleh laut. Lucunya kubu yang sekian banyak dibina ada diantaranya masih belum digunakan lagi ...
AIR HITAM
Air Hitam yang terletak diantara Bandar Keluang dan Batu Pahat memang terkenal sejak dahulu lagi sebagai tempat membeli belah hasil kampung seperti pelbagai jenis kerepek ( berasaskan ubi kayu, keledek, belinjau, sukun dan keladi ). Kuih - kuih tradisional seperti karas, rempeyek, sagun, dodol, maruku dan banyak lagi yang kadang kala sukar diperolehi ditempat lain kerana ketiadaan kepakaran untuk membuatnya. Yang paling menarik ialah harga barangan boleh dibeli dengan murah walaupun tidak dibeli secara borong. Keramahan peniaga dan kemurahan hati mereka untuk membenarkan hasil jualan mereka dirasa dan dinikmati oleh pelanggan sebelum dijual begitu hebat sekali. Mungkin faktor persaingan membuatkan mereka terpaksa melakukan pelbagai teknik dan cara bagaimana untuk menarik pelanggan untuk membeli hasil jualan mereka.
Ahad, 15 April 2012
MAJLIS AQIQAH NUR AMNI HUDA
Majlis Aqiqah tersebut telah diadakan pada malam 14/4/2012 di Kampung Bentung Dalam, Kluang, Johor DT ( Rumah Mertua Pak Cik ). Majlis meriah tersebut telah dihadiri ramai tetamu dari Kariah Kg Bentung Dalam, sanak saudara dan sahabat handai. Majlis bermula dengan Bacaan Tahlil, Berzanji dan diikuti Majlis Memecah Mulut Bayi menggunakan air zam zam. Ahli majlis akan mendoakan kesejahteraan bayi dan dikuti oleh menyuapkan mulut bayi dengan beberapa benda seperti air zamzam, gula, garam dan asam.
Majlis berakhir dengan jamuan makan lazat Nasi Braini berlaukkan kari kambing pekat dan ayam masak tomato. Sajian telah disediakan oleh Chef Pak Ya yang dijemput khas dari Pasir Gudang. Semoga majlis yang berbentuk kemasyarakatan ini dapat diteruskan dari masa kesemasa kerana mempunyai banyak kebaikan dari segi spiritual dan budaya.
Isnin, 2 April 2012
MAK BUSU JAMALIAH DALAM KENANGAN
Gambar kenangan semasa ziarah Pak Busu dan family kerumah kami sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008. Mak Busu telah kembali kepada Penciptanya pada November 2009 setelah sekian lama menderita kanser payudara. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa dan kesalahannya.
Ahad, 1 April 2012
MUHAMAD HAIKAL RIZAL
Kenangan semasa berumur 1 tahun, Uda. Rambut keriting dan agak pemalu. Gambar tersebut dirakam di Gudang Garam - 2003
PAK LONG WAHID & FAMILY
Kenangan semasa ziarah Pak Long Wahid kerumah kami di Balok Baru. Kebetulan hari tersebut adalah hari pendaftaran adik iparnya ke Kolej Shahputra, Indera Mahkota, Kuantan. Gambar diambil dipingiran Pantai Cerating.
FAMILY DAY - LUMUT - DISEMBER 2008
Hari Keluarga FKPSB 2008 di Swiss Garden, Damai Laut memang hebat dan menjadi ingatan selamanya. Lokasi yang indah, Hotel yang selesa, Team yang harmoni dan semestinya budget yang banyak adalah faktor utama didalam menjayakan majlis yang hebat ini.
TOK JANGGUT
Pahlawan Kelantan yang mati syahid ketika zaman penjajahan british. Lihat senyuman dibibir pahlawan ini .. Inilah yang mengusarkan penjajah .. Mereka berhadapan dengan manusia yang tidak takut mati demi agama yang mereka fahami, yakini dan anuti.
MANDI KOLAM
Untuk kanak - kanak, mandi di kolam memang seronok. Tanpa disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Ada yang tidak mahu balik dan hendak mandi sampai semua anggota kecut dan terketar - ketar. Itulah kanak - kanak .. tapi awasi anak anda.. banyak bahaya disini ..
SATAR & OTAK - OTAK KEMAMAN
Satar & Otak - Otak adalah produk istimewa di Pantai Timur. Bukan semua kedai boleh menyediakan produk tersebut yang sedap dimakan dan sentiasa di ingati. Berbagai resepi dan cara pembuatan direka tetapi yang paling sedap adalah menggunakan isi ikan tenggiri, isi kelapa muda dan naluri ikhlas semasa mengadun dan membakarnya. Nak cuba ? Jumpa saya dan ada kedai special yang menunggu anda. Jika pergi bersendirian .. AWAS .. nak makan otak - otak tapi dapat kepala otak ..
MAKANAN LAMBAT HIDANG
Majlis Makan Malam FKPSB di Swiss Garden Golf Resort Spa Damai Laut, Lumut Perak - 19 December 2008.
LUMBA MAKAN
Ketika Majlis Jamuan Hari Raya 2008 KCP Semambu. Menu utama adalah Nasi Minyak, Satey, Sup Utara, Cendul dan banyak lagi.
MAJLIS MARHABAN
Marhaban adalah aktiviti yang kerap dilakukan bersempena Hari Pernikahan, Cukur Jambul dan Majlis Pertunangan. Kitab Marhaban adalah berkisar tentang puji - pujian terhadap Rasullulah s.a.w, Para Sahabat dan Keluarga Rasullulah s.a.w. Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam akan diketuai oleh seorang yang mahir berkaitan kitab tersebut. Kitab akan dibaca isi kandungannya secara berlagu oleh seorang ketua dan diikuti secara beramai - ramai mengikut rangkap dan lagu tertentu. Kebanyakan tempat, aktiviti ini adalah aktiviti kaum Hawa dan sukar hendak dilihat aktiviti ini dilakukan oleh Kaum Adam. Kenapa ? Mungkin ini adalah aktiviti kemasyarakatan dan penyambung silaturahim yang ringan dan sewajarnya diterajui oleh Kaum Hawa. Kaum Adam akan bertindak sebagai pelaksana bagi kegiatan memasak, mengulai dan penyedia bagi majlis yang akan berlangsung ke esokkan harinya.
GOTONG ROYONG
Kalau nak tengok semangat gotong royong dalam komuniti, kunjungilah Tanah Rancangan Felda. Sehingga ini mereka masih mengamalkan kegiatan tersebut walaupun mereka telah menduduki Tanah Rancangan seawal tahun 80 an. Walaupun ada diantara mereka yang sering sakit dan tidak berdaya kerana kegigihan berkerja masa lampau, mereka masih mengagahkan diri untuk turut serta menghadirkan diri. Pada waktu semangat begini telahpun pupus dikebanyakan tempat terutamanya di kawasan bandar, mereka masih lagi gagah mempertahankan aktiviti ini sehingga beberapa generasi akan datang. Tabik Spring kepada semua Peneroka Felda seluruh Negara.
PANTAI BATU HITAM
Pantai Batu Hitam terletak di laluan Beserah menuju ke Kemaman dan antara pantai yang menjadi tumpuan pelancung terutama semasa cuti hujung minggu dan hari - hari kelepasan. Batu Hitam mendapat nama sempena longgokan batu hitam yang boleh dilihat jelas bertaburan semasa air surut. Taburan batu hitam yang banyak akan kelihatan indah jika dilihat dari jauh. Kemudahan pelancungan seperti tempat penginapan, kedai makan dan bilik persalinan tersedia menerima kunjungan. Hendak mandi perlu berhati - hati. Bagi pengunjung yang tidak biasa mungkin akan terdedah kepada batuan tajam dan licin, pusaran air dan tanah jerlus. Pastikan anak - anak kita diawasi ketika mandi dan jangan lupa menutup aurat. Berbikini dan mandi hanya berseluar dalam adalah dilarang disini. Anda mungkin akan ditertawakan oleh kambing dan lembu yang mungkin sentiasa mengawasi anda.
Langgan:
Catatan (Atom)