Pernah makan udang galah ? Udang ni sedap jika dimasak cili api atau goreng berlada. Udang Galah yang segar boleh dipancing dengan banyak di sepanjang Sungai Segamat. Lewat tahun 90 an, Udang Galah adalah makanan murah dan ramai pemancing boleh berpesta dengan tangkapan yang lumayan. Apabila kerakusan individu tamak melakukan aktiviti tuba, racun, bom dan pukat harimau telah menyebabkan spesis ini benar - benar terancam dan sukar didapati terutama yang bersaiz besar. Kalau ada pun .. harga yang mahal menanti anda ataupun terpaksa menelan air liur kempunan makan udang. Bagi memulihkan apa yang telah kita nikmati sebelum ini, semua pihak harus berkerjasama memastikan kesilapan yang telah kita lakukan tidak diulangi semula. Hentikan kegiatan tuba .. bom ikan .. meracun sungai .. pukat harimau .. jadilah insan yang bertamadun dan tidak tamak tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepada generasi akan datang. Tidak mustahil spesis ini tidak akan dikenal lagi oleh generasi cucu dan cicit kita. Udang galah akan menjadi seperti seperti Dinasor ataupun Burung Dodo yang telah pupus dan hanya tinggal cerita ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan