Pernah makan nasi ni ? Sedap .. jika dimakan bersama kuah dalca, kari kambing, acar timun dan tea o ais. Kalau makan panas - panas .. emm .. pasti kenyang kalau belasah 2 pinggan. Nak cerita .. Sebelum makan check dulu kedai tu .. terutama kawasan dapur manalah tau ada sesuatu yang boleh membantutkan selera. Kedai Mamak rata - ratanya menjual makanan ini tapi nak cari yang betul - betul sedap, kari kaw memang susah sikit. Tidak semua menu yang dijual sama resepinya. Kalau ada yang masih tidak jumpa kedai yang menepati selera, jom ke Kuantan .. Ada kedai hebat disana .. santai dan pasti berpuashati.
Sabtu, 31 Mac 2012
KUALA KEMAMAN
Kuala Kemaman terkenal dengan produk keropok kering dan lekor yang lazat. Produk tersebut menjadi sumber pendapatan bagi kebanyakan penduduk disana yang rata - ratanya adalah nelayan sepenuh masa. Destinasi pelancungan hebat ini terletak 7 km dari jalan besar Kuantan - Kemaman dan 61 kn dari Bandar Kuantan. Selain Keropok, Ikan segar, Satar dan Otak - Otak menjadi produk special bagi pengemar yang mengetahui akan kehebatan makanan penduduk Pantai Timur. Ingat lagu Salim tentang Kuala Kemaman ? Jom kita g ..
LEDANG
Gunung yang terkenal dengan Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Kerajaan Melayu Melaka dan Sultan Mahmud Shah. Gunung yang mempunyai beribu herba perubatan dan menjadi punca pendapatan bagi individu yang mencari nafkah melalui hasil hutan. Itu cerita lama .. sekarang gunung tersebut semakin mengalami kemusnahan. Aktiviti kuari, penebangan hutan yang tidak terkawal membuatkan keindahan dan kejernihan air terjun semakin tercemar. Air tidak sejernih dulu .. Pastikan khazanah negara ini terpelihara sekurang - kurangnya 100 tahun akan datang.
CERITA UDANG GALAH
Pernah makan udang galah ? Udang ni sedap jika dimasak cili api atau goreng berlada. Udang Galah yang segar boleh dipancing dengan banyak di sepanjang Sungai Segamat. Lewat tahun 90 an, Udang Galah adalah makanan murah dan ramai pemancing boleh berpesta dengan tangkapan yang lumayan. Apabila kerakusan individu tamak melakukan aktiviti tuba, racun, bom dan pukat harimau telah menyebabkan spesis ini benar - benar terancam dan sukar didapati terutama yang bersaiz besar. Kalau ada pun .. harga yang mahal menanti anda ataupun terpaksa menelan air liur kempunan makan udang. Bagi memulihkan apa yang telah kita nikmati sebelum ini, semua pihak harus berkerjasama memastikan kesilapan yang telah kita lakukan tidak diulangi semula. Hentikan kegiatan tuba .. bom ikan .. meracun sungai .. pukat harimau .. jadilah insan yang bertamadun dan tidak tamak tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepada generasi akan datang. Tidak mustahil spesis ini tidak akan dikenal lagi oleh generasi cucu dan cicit kita. Udang galah akan menjadi seperti seperti Dinasor ataupun Burung Dodo yang telah pupus dan hanya tinggal cerita ...
AKTIVITI MUSIM CUTI
Memancing di kelong adalah aktiviti yang terbaik untuk kaki pancing. Cuaca sejuk, mengantuk dan perut lapar adalah cabaran besar yang harus dihadapi. Ingin mencuba ?
GEN 2
Generasi Ke 2 Haji Majid bin Simbang. Semakin besar keluarga ini dan semakin dewasa mereka ini meneruskan kehidupan.
HARI BAHAGIA
Ridhwan Jafer & Siti. Doa dan harapan kami semoga beliau berbahagia dan dipanjangkan jodoh sehingga akhir hayat.
VISIT KELANTAN DARUL NAIM
Kenangan semasa dalam perjalanan ke Kota Bahru 2009. Mulut Along berbonjol kerana ada kura - kura didalamnya.
AUSTRAL EDIBLE OIL
Austral Edible Oil, Kawasan Perindustrian Kidurung, Sarawak. Refinery dan Crushing Plant bagi Sime Darby. First KCP bagi Sime walaupun kapasiti memproses yang kecil - Nov 2010.
PASAR UTAMA BINTULU
Semasa lawatan ke AEO, Kidurung, Sarawak November 2011. Specialnya pasar ni .. Bersih, ada banyak pilihan, lauk esotic dan keramahan peniaga. Ulat Mulung, Udang Galah, Ikan Terubuk Masin, Ikan Air Tawar, Belacan Serawak, Kek Lapis, Kraftangan dan banyak lagi yang murah dan boleh dibawa balik sebagai buah tangan. Untuk memudahkan semua tu dibawa ketika flight balik, beritau sahaja peniaga disitu .. mereka ada formula dan tips yang perlu dibuat.
CUKUR JAMBUL CUCU ..
Majlis cukur jambul anak kedua Mohd Radzi & Nurul - Cucu ke 4 Mak Nab & Pak Jafer di Felda Kepis, NS. Majlis meriah ini telah diadakan pada 2011.
KURSUS LAGI ..
Gambar kenangan semasa menghadiri Kursus ISO 9001 : 2008 di Seremban NS ( 4 - 5 August 2009 ). Penulis tidak kelihatan kerana bertindak sebagai Jurufoto Amatur.
MUHAMAD ARIF HASHIM

Hari terakhir semasa Arif menghabiskan Latihan Praktikal di Kilang Isi Sawit Semambu, Kuantan Pahang DM. Kelihatan background Lab lama sebelum bangunan tersebut diruntuhkan pada tahun 2009.
KURSUS
Kenangan semasa menghadiri Kursus Peningkatan Ketrampilan Penyeliaan di Seremban NS ( 27 - 29 July 2009 ) - Semasa masih lagi berkhidmat dengan Felda Kernel Products Sdn Bhd. Banyak input yang dapat dikongsikan dan dikupas oleh Lecturer. Satu - satunya kursus yang menggunakan background muzik sebagai satu cara penumpuan terhadap isu yang disampaikan.
TIGA SEKAWAN
Kenangan semasa ziarah Mak Nab & Mak Yam kerumah kami di Balok Baru. Aisyah baru sahaja berumur 4 bulan. Gambar ini dirakam di Pantai Indah Balok, Kuantan, Pahang DM.
ISWARA CBG 2587 ( 2002 - 2009 )
Kenangan semasa menggunakan Proton Iswara ( 2002 - 2009 ). Kereta ini terpaksa dijual kerana capasity penumpang telah bertambah dan beberapa kerosakan yang amat tidak digemari. Hari terakhir ini telah dirakam di Pantai Balok semasa ziarah Mak Nab, Pak Jafer dan Mak Yam kerumah kami di Balok Baru.
Jumaat, 30 Mac 2012
ACIK MONTEL
Gambar tahun 2002 semasa menghadiri mesyuarat agong PIBG Sekolah Kebangsaan Balok Makmur, Kuantan Pahang DM. Acik memang montel ketika itu. Look at his face .. very cute ..
HARI GRADUASI TAHUN 2010
Muhammad Amin ketika Hari Graduasi 2010 Tadika Balok Baru. Amin membuat persembahan dipentas dan beraksi sebagai askar dengan senapang ditangan.
Selasa, 27 Mac 2012
ABD SAMAD BIN HJ ABDULLAH ( 1927 - 2009 )
Gambar kenangan semasa abah masih sihat. Semoga Ruh Abah di rahmati, di ampuni dan sentiasa diberi kesejahteraan selalu.
SAMBUTAN HARI RAYA 2008
Kenangan semasa Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2008 di rumah Pak Ngah Muhammad di Merlimau Melaka. Mak bersama Amin dan Ateh. Ketika itu Triple A masih belum lahir kedunia.
Ahad, 25 Mac 2012
PERJALANAN PULANG
25 hb Mac 2012 - Ahad
Perjalanan agak terganggu kerana cermin mata yang membantu penglihatan telah terjatuh ke dalam Sungai Muar ketika memancing udang bersama Pak Jafer, Shah, Radzi dan Mat Jai. Kami mula bertolak jam 12.00 tgh dari Parit Kassan dan sampai semula ke Banting Baru jam 3.15 ptg. Sepanjang perjalanan, arus trafik lancar dan terdapat sedikit hujan di Lebuhraya Air Keruh ke Seremban.
Perjalanan agak terganggu kerana cermin mata yang membantu penglihatan telah terjatuh ke dalam Sungai Muar ketika memancing udang bersama Pak Jafer, Shah, Radzi dan Mat Jai. Kami mula bertolak jam 12.00 tgh dari Parit Kassan dan sampai semula ke Banting Baru jam 3.15 ptg. Sepanjang perjalanan, arus trafik lancar dan terdapat sedikit hujan di Lebuhraya Air Keruh ke Seremban.
Mata yang mengantuk akibat lewat tidur semalam telah menyebabkan berlaku pertukaran pemandu ketika sampai di Tol Nilai Pajam. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat dan keadaan rumah masih sama seperti yang kami tinggalkan semalam. Kerana cuaca yang panas, anak lada yang kami tanam agak sedikit kering dan layu.
Destinasi yang seterusnya ... Pencarian Harta Karun anjuran Sime Darby ke Kuantan Pahang DM. Sorry .. cuma Ayah sahaja yang join pada 7 & 8 April 2012.
Jumaat, 23 Mac 2012
PERJALANAN KE PARIT KASSAN
24 hb Mac 2012 - Sabtu
Hari ini, kami akan memulakan perjalanan ke Negeri Johor Darul Takzim. Destinasi yang kami tuju adalah ke Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Johor DT. Pak Long Mahmood akan mengadakan Kenduri Doa Selamat sempena perasmian rumah barunya. Kami menjangkakan akan sampai ke sana sekitar jam 3.00 petang dan akan pulang semula ke Banting Baru pada ke esokkan harinya ( Ahad ).
Hari ini, kami akan memulakan perjalanan ke Negeri Johor Darul Takzim. Destinasi yang kami tuju adalah ke Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Johor DT. Pak Long Mahmood akan mengadakan Kenduri Doa Selamat sempena perasmian rumah barunya. Kami menjangkakan akan sampai ke sana sekitar jam 3.00 petang dan akan pulang semula ke Banting Baru pada ke esokkan harinya ( Ahad ).
Langgan:
Catatan (Atom)