Pak Itam Alor Gajah telah kembali kerahmatullah pada Subuh Jumaat, 13 Ramadhan 1435H bersamaan dengan 11 Julai 2014. Semoga Allah swt mencucuri rahmat dan kesejahteraan keatas Rohnya. Al Fatihah.
Perkuburan Islam Kampung Berata, Segamat Johor DT. Tempat bersemadinya Almarhum Abd Samad bin Haji Abdullah. Semoga Arwah tenang dan damai disana. Al Fatihah.
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2014 telah memberikan banyak kenangan indah. Hari dimana semua keluarga bertemu setelah membawa haluan masing - masing. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu semula di Ramadhan dan Eid Fitri akan datang.